WACANA ANJAKAN PARADIGMA

Assalamulaikum saya Nurfarah Batrisyia Binti Zaini dari kelas DAS5B ingin menceritakan kepada anda semua tentang program tersebut yang berlangsung pada 31 Julai 2019. Hanya pelajar sem 5 sahaja yang terlibat dengan program tersebut. Pada pandangan saya, cara penceramah menyampaikan maklumat telah menarik perhatian pelajar kerana perwatakan penceramah tersebut menarik dan kelakar. Selain itu, penceramah juga memberi gambaran terhadap pelajar untuk membuat resume dan cover letter yang terbaik. Bukan itu sahaja, penceramah juga memberi tips kepada kami semua untuk menghadiri temu duga supaya pelajar lebih yakin dan berani. Tambahan pula, penceramah juga mentitikberatkan cara penampilan ketika menghadiri temuduga supaya pihak majikan tertarik dengan penampilan pelajar. Secara kesimpulannya,dengan menghadiri program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri saya dan saya percaya bahawa pelajar lain juga dapat meningkat potensi dalam diri dan lebih bersedia untuk menghadpi alam pekerjaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

GROUNDWATER AND SOIL VULNERABILTY IN LANGAT BASIN MALAYSIA