Wacana Anjakan Paradigma
Assalamualaikum saya Nur Farahdatul Aina Binti Shahidan ( DAS5B ) , pelajar daripada jurusan Diploma Alam Sekitar ingin memberikan sedikit perkongsian yang saya perolehi sepanjang mengikuti Program Wacana Anjakan Paradigma yang telah diadakan pada 31 Julai 2019 di Dewan Seri Lang Politeknik Sultan Idris Shah . Program ini sebenarnya memberikan impak yang besar kepada para pelajar terutama bagi pelajar semester akhir . Hal ini kerana , ilmu yang telah disampai kan daripada seorang penceramah sangat memberangsangkan dan telah membuka minda kepada semua pelajar untuk terus berusaha dalam apa jua aspek dan bidang pekerjaan yang mereka ceburi . Malah , setelah mengikuti program tersebut para pelajar lebih berkeyakinan untuk bekerjasama dalam sesebuah syarikat demi menghasilkan mutu kerja yang bagus dan pada masa yang sama dapat meningkat prestasi dalam setiap diri individu masing - masing .
Comments
Post a Comment