KAHOOT MENGHIASI HARI


 

Assalamualaikum sekali lagi saya diberi kesempatan waktu untuk menulis bingkisan aktiviti yang berlaku pada 17/7/2019. Aktiviti Kahoot yang meriah dan menghiburkan menghiasi seluruh ruang TECC.

Setiap kumpulan memberi 10 soalan Kahoot berkaitan kajian kes yang diberi oleh Encik Zamri. Setiap soalan yang diberi mempunyai  masa untuk menjawab. Kami berasa sangat gembira belajar dalam keadaan yang selesa. Kami bergembira sekali gus menimba ilmu. Aktiviti ini berjaya menarik minat kami untuk menjawab lagi kuiz dan menambah ilmu pengetahuan.

Kumpulan yang bersilih ganti mengemudikan kuiz membenarkan semua ahli menjawab kuiz kumpulan lain. Belajar menggunakan teknologi adalah sesuatu yang amat menarik. Ini juga bakal menambah minat pelajar dan kami juga lebih fokus ketika aktiviti Kahoot berlangsung. Izinkan saya menutup entre pada kali ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

GEOENVIRONMENTAL ENGINEERING

Harapanku