Posts

Showing posts from July, 2019

KAHOOT MENGHIASI HARI

Image
  Assalamualaikum sekali lagi saya diberi kesempatan waktu untuk menulis bingkisan aktiviti yang berlaku pada 17/7/2019. Aktiviti Kahoot yang meriah dan menghiburkan menghiasi seluruh ruang TECC. Setiap kumpulan memberi 10 soalan Kahoot berkaitan kajian kes yang diberi oleh Encik Zamri. Setiap soalan yang diberi mempunyai  masa untuk menjawab. Kami berasa sangat gembira belajar dalam keadaan yang selesa. Kami bergembira sekali gus menimba ilmu. Aktiviti ini berjaya menarik minat kami untuk menjawab lagi kuiz dan menambah ilmu pengetahuan. Kumpulan yang bersilih ganti mengemudikan kuiz membenarkan semua ahli menjawab kuiz kumpulan lain. Belajar menggunakan teknologi adalah sesuatu yang amat menarik. Ini juga bakal menambah minat pelajar dan kami juga lebih fokus ketika aktiviti Kahoot berlangsung. Izinkan saya menutup entre pada kali ini.

GEOENVIRONMENTAL ENGINEERING

Image
Assalamualaikum kami jurusan Kejuruteraan Alam Sekitar telah mempelajari mata pelajaran Geoenvironmental Engineering di mana kami telah didedahkan dengan perkara baru seperti menulis blog, membuat kuiz di kahoot, mindmeister dan melakukan pembentangan. Dari apa yang ada pada gambaran di atas pensyarah memberi keterangan mengenai silibus yang akan kami pelajari sepanjang semester ini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanankan tugas-tugas yang diberi oleh pensyarah. Pada minggu ke-2 kumpulan satu telah diberikan tugas untuk menulis blog mengenai perkara yang kami lakukan didalam kelas. Buat masa ini, itu sahaja yang kami lakukan pada minggu ini. Sekian terima kasih